Mega kelihatan mula menyelakkan jendelanya. Suara si gagak sayup-sayup kedengaran seolah-olah memanggil namaku."Ngah, apa lagi yang tak cukup?" soal bondaku kepada abangku.
"Semuanya dah siap ma.." jawab abangku dgn baik. Maklumlah , esok hari pertamanya menjejakkan kaki ke sekolah di mana pernah menjadi institusi untuk untuk anak-anak raja-raja melayu, Kolej Melayu. Malam itu abang melompat keriangan bagaikan mendapat duit sejuta ringgit. Kami tidur agak lambat pada malam januari 2005 itu.Keesokan harinya, kami bertolak menaiki Unser putih milik ayahku. Perjalanan menuju ke Kuala Kangsar sememangnya memenatkan. Aku yang ketika itu berusia 9 tahun asyik-asyik mahu terkencing sahaja.Ayahku terpaksalah berhenti menyebabkan perjalanan terbantut.Kami tiba di bumi kuala tepat jam 10 pagi.Alangkah terkejutnya aku apabila melihat sebuah bangunan graeco-roman tersegam indah dikelilingi pagar dengan lambang sekolah beserta moto FIAT SAPENTIA VIRTUS. Kami pun masuk untuk sesi pendaftaran.Selesai urusan bersama abangku, kami pun pulang ke rumah. Hati aku berbisik "kan bagus klau dapat bertukar tempat dengan angah skarang." Dari situ aku bertekad untuk belajar bersunggu-sungguh bagi mencapai cita-citaku itu.
Darjah 5 pun tiba, maknaya" UPSR tahun depan!!!" untuk mencapai cita-citaku sejak dari darjah 3 itu, aku belajar bersungguh-sungguh untuk menjamin bukan sahaja keputusan 5A , tetapi Extraordinary punya 5A sebab sekolah yang aku nak masuk itu Extraordinary punya sekolah. Satu hari , ibu membawa aku ke pelabuhan klang untuk melawat salah seorang bekas anak muridnya. Tak ku sangka di situ aku akan mendengar satu nama yang agak familiar bunyinya.Anak mirid ibuku tu namanya shah izzat.Aku memanggilnya abag shah.Katanya dia seorang ketua umum di sebuah alama mater bernma STAR!! Nama itu sprti prnah ku trbca atau dengar. Ingt kmbali aku ktika darjah satu diman aku prnah trlihat dlm surat khabar utusan 2003 di mana aku dpt lihat orang perpakaian serba putih dengan STAR sebagai tajuk utama . Ketika itu aku tak ingat sebab tak faham apa yang ditulis dalam surat khabar tu...
2008, aku sudah darjah enam. bermakna " UPSR is just around the corner!!!". Inilah masanya untuk aku buktikan kebolehanku dan masuk ke kolej melayu!!!!. Ahmad Khalis Nazib, Rozairee Othman, AmirulAsyraff Hanafi, Afiq Kamaruzzaman, nama2 ketua umum "koleq" yang aku ingat. Ditambah lagi dengan kejayaan Affendy Hasni menjulang pembahas bahasa melayu terbaik malaysia.Lepas itu, dengarnya raja jepun datang melawat dan bermacam-macam lagi .KAGET !!! KAGUM!!! smua timbul.Oppp....UPSR lusa!! kelam kabut aku dibuatnya. Aku persiapkan diri untuk menghadapi ujian yang ibarat satu tiket untuk ke KOLEJ MELAYU!!
Hari keputusan diumumkan, dan aku berjaya mendapat5A !!! huhuhuhu...aku seperti di puncak dunia sekarang....Dengan keputusan 5A itulah aku berharap menjadi tiket untuk bergelar KOLEJIAN!! dup, dap , dup,dap akhirnya surat emas telah sampai ke rumahku, aku ditawar untuk menuntut di SBP yang menjadi impian semua lepasan UPSR. Aku berharap sungguh agar surat di dalam itu bertulis kolej melayu kuala kangsar. Aku membuka surat tersebut perlahan-lahan, dan aku telah berjaya menjadi seorang angkasawan. Kenapa???Aku berjaya menempatkan diriku ke dalam BINTANG!! Lain yang diharap, lain yang didapat. Ku sangkakan kolej, rupanya musuh kolej.Ahh!!! tak kisah asalkan aku berjaya menempatkan diriku di sbp.
bersambung...
papeje
ReplyDeletetiru abang lak main sambung2...takpela.selamat berblog.Sebenarnya blog ni lagi best berbanding facebook tu..nk jugak tahu camne kau masuk STAR..abg dulu berangan masuk koleq..tup2 masuk sekolah tu plak.
ReplyDelete