STAR

STAR

Search This Blog

Pages

Friday, March 19, 2010

I TOOK A DEEP BREATHE IN THE SCHOOL ATMOSPHERE

Sambungan dari kisah sebelumnya....

Hari pendaftaran tiba, aku mekangkah ke bumi bertuah ini, dengan harapan mengunung untuk berjaya. Begitulah juga ibu bapaku. Aku merupakan orang yang ke-9943 mendaftar di bumi bertuah ini. Di sini jugalah aku dipertemukan dengan Naim Zailan abang angkatku,. Selesai membeli barang kat koop, aku serta ibu bapaku terus ke dewan dan mendengar ucapan, ucapan dari seseorang, ucapan keramat , ucapan yang aku tidak aku tahu yang aku harus dengar setiap perhimpunan pagi, kerana orang yang menyampaikan ucapan itu adalah , EN Guffri yang lebih dikenali dengan panggilan ayahanda. Mengapa ucapan dari ayahanda dipanggil ucapan keramat?? Ado cito dio....

Selesai habiskan semua benda2 yang perlu dihabiskan, ibu bapa aku pun pulang. Aku tidak berapa sedih, malahn aku teruja, untuk bertemu rakan-rakan baru, sekolah baru, smua barulah.
Kawan pertama yang aku kenali ialah Ahmad Kamil bin Sorihan. Kemudian Eyman Asyraf bin Masfazil dan Zuhri Al-Amin bin Zahiyan. Zuhri dan Kamil duduk sebelah-sebelah dan kalau nama diorang dicantumkan membentuk Zuhri Kamil iaitu antara salah satu nama yang paling aku respect sebabkan pencapaianya dan orang itu sendiri.Walaupun diorang orang 1st aku kenal, tapi aku tak "geng" dengan diorang tak tau sebab ape...mungkin ada hikmah disebaliknya kot...
Selepas itu, sesi ice breaking bersama dengan abg akramin, affan, hijjaz,siraj,hakim,shafiq,aiman, dan abg azri.Macam-macamlah diorang cakap, ada yang mengunakan ayat "bajet" dan ada sebagai amaran. pastu Voyage of 53 yang baru bermula melakukan aktiviti orientasi selama seminggu.Dalam masa seminggu itu "one man down". Amirul Zaidi nama yang tidak akan aku lupakan kerana orang memanggilnya mat salam kerana dia suka salam tidak kira masa , tempat, atau di mana jua anda berada.

Aah, pahit getir perjuangan baru hendak bermula...tapi tak tahu nak start dari mana..
Tak kisahlah..Janji pelayaran 53 sampai ke destinasi dengan berjaya!!!

No comments:

Post a Comment