I TOOK A DEEPER BREATH IN THIS ALMA MATER
Setiap petang ade je lthn fitness dan kawad yang paling aku benci. Dahlah time awal2 ni homesick + dgn latihan2 jadah semua ni...ARGHH!!! Tension.!!! Tapi setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Aku sering dimarahi oleh seorang abang yang tidak akan lupakan namanya Amir Izzat bin Mohd. Nor.Kerana dialah aku berubah dari seorang yang "sotai" kawad, menjadi berdisplin kawad.Thank You!!! Jasa abang tidak mungkin aku lupakan dan tidak lupa juga kepada Allah S.A.W. kerana telah mengizinkanku untuk berubah.Alhamdulillah!!Kawad yang selama ini aku benci kelama-lamaan merapatkan hubungan kami rumah MERAH(RED ROMEO WILL STILL IN MY HEART), dan menyebabkan aku tidak sabar untuk latihan kawad setiap petang.Bila mengingatkan masa tersebut, terasa seperi makan ferero roche kerana ianya sungguh manis.Hari terakhir kawad, kawad smpai 11 malam..pastu design baju kawad,...tampal memacam kasi nampak fancy..Harap2 esok mnang kawad....-_-
Aku serta rakan rumah merah lain pun pulang ke dorm yang terletak tidak jauh dari rumah merah.Aku pun merebahakan diri ke katil dan aku lihat rakan2ku yang lain juga sudah tidur.
Walaupun penat, tetapi entah tidak tahu mengapa aku tidak boleh melelapkan mata.Dari sini, episod "Dikacau Hantu" buat pertama kalinya bermula.Sedang aku cuba tidur, tiba2 ada benda yang mengusap2 rambutku. Jarinya terasa agak kasar, dan aku sangkakan kawanku yang menganggu rupanya tidak ada siapa-siapa di belakang katilku.Ah! Bmainan perasaan je kot, aku cuba menyedapkan hati yang tengah cuak. Benda tersebut mengusap aku skali lagi.Aku terbangun dan melihat rekanku di sebelah katil, Shakir seorang sprinter, telah nyenyak tidur di buai mimpi sehingga air liur meleleh dan membentuk"peta".ARGHH!! aku cuba tidak melayan benda tersebut..Tetapi semakin aku tak layan semakin menjadi2 . Benda tersebut mengusap2 pipi aku pula.B*** tol..dalam keadaan begini aku masih sempat mencarut , astagfirullahalazim, aku beristighfar..Aku baca ayat kursi dua kali, dan selepas itu aku cuba menyambung tidurku. Hmm.. keadaan elok sedikit sekarang.Tetapi, keadaan menjadi lebih keruh kerana benda tersebut tidak mengusapku, tetapi memanggil namaku pula.Aku terlalu cuak dan bingkas bangun lalu berlari dan tidur di katil rakanku muhammad(dia tak perasan aku tidur sebelah dia.)
Akhirnya, aku tidur dan pada keesokan harinya aku tidak sabar menanti untuk berkawad.Oleh itu, aku bersiap awal dan sampai depan red awal.
bersambung kerana penulis penat menulis
No comments:
Post a Comment